Wednesday, October 23, 2013

IMAM SYIAH DIBERKAS DI PAHANG!! PHEWW..



imam syiah diberkas di pahang pheww 1


AHMAD RAFFLI (kiri) bersama pegawainya menunjukkan batu Karbala dan barangan lain yang mempunyai kaitan dengan ajaran Syiah yang dirampas dalam serbuan di kuarters kakitangan di ladang RISDA Pekoti Timur di Rompin, Pahang kelmarin




MUADZAM SHAH: Seorang imam sebuah masjid di Ladang RISDA Pekoti Timur, Ulu Keratong, di sini, ditahan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kerana disyaki mengamalkan ajaran Syiah, kira-kira 2 petang semalam.

Serbuan itu turut merampas beberapa buku berkaitan Syiah termasuk batu turbah serta sehelai kain kapan yang tertulis doa dan ayat suci al-Quran.

Ketua Penguatkuasa JAIP Mohd Raffli Abdul Malik berkata, serbuan berkenaan dilakukan selepas hasil risikan mendapati lelaki yang berusia 64 tahun itu mengamalkan ajaran Syiah sejak enam tahun lalu.

"Ketika serbuan dilakukan di kuarters RISDA itu mendapati lelaki berada di rumah berkenaan bersama seorang anak lelakinya berusia 33 tahun manakala isterinya tinggal di rumah di FELDA Selancar 1, di sini.

"Siasatan kita mendapati lelaki berkenaan mengamalkan ajaran Syiah secara sembunyi dan pernah mengikuti rombongan ke Iran bersama pengikut Syiah lain kira-kira empat tahun lalu dan kita percaya dia membeli beberapa barangan seberti batu karbala di sana," katanya dalam sidang media di Pejabat Agama Islam Daerah, di sini, pagi tadi.

Sehubungan itu lelaki berkenaan ditahan sementara bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 165/170 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.

Mohd Raffli berkata, anak lelaki suspek dibebaskan kerana hasil siasatan JAIP tidak menjurus kepada pembabitannya dalam ajaran Syiah namun pihaknya akan mengambil keterangannya untuk membantu siasatan.

klik sini

No comments:

Post a Comment